ads

ISTERI YANG DIANIAYA DAN DIZALIMI SUAMI ADALAH ISTERI YANG BERUNTUNG!

Bismillah... ISTERI YANG DIANIAYA DAN DIZALIMI SUAMI ADALAH ISTERI YANG
BERUNTUNG!


Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung  datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal
suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai ibu? Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.
Syeikh: Apa aduanmu itu? Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh.
Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan
tanggungjawabnya kepada saya.
Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan.
Makan minum saya tidak diendahkan Tuan.
Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.
Tuan syeikh tersenyum.
Isteri itu keheranan.
Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh
boleh tersenyum mendengar aduannya.
Syeikh: Wahai ibu yang dirahmati ALLAH,
sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.  Isteri: Hah??? Untung??
Syeikh: Ya wahai ibu. Kamu sangat beruntung.  Kamu wanita dan isteri terpilih.
Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan.
Kehidupan saya penuh derita. Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai ibu?
Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus  asa. Suami saya tetap tidak berubah.
Syeikh: Wahai ibu, ALLAH sedang mengujimu. ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu
memberi peluang kepadamu mengumpul pahala. Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat
dengan doa orang2 yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi
oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.  Karena apa?
Kerana seorang isteri itu merupakan amanah
kepada seorang suami.
Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu
akan memberatkannya di sisi ALLAH.
Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan
kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar
doamu itu wahai ibu.
Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan
tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai
isteri dengan taat kerana ALLAH.
ALLAH akan membantumu.
Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah
wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku
dalam derita dan sengsara ini.
Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai ibu...
Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya
ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam
sengsara, derita dan air mata?
Syeikh: ALLAH...wahai ibu, berapa umurmu
sekarang ini?
Isteri: 40 tahun Tuan.
Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di
dunia ini?
Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.
Syeikh: Kamu mau saya ceritakan apa untungnya
kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi
suami?
Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma
mengangguk.
Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah
bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke
70 tahun sahaja.
Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu
itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera
hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali
pada-NYA.
Andai kamu bersabar, segala derita itu akan
ALLAH gantikan dengan SYURGA yang indah.
Tidakkah itu bermakna kamu beruntung?
Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara
yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?
Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu.
Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah
yang WAJIB dijaga dengan baik.
Segala tanggungjawab dan haknya wajib
ditunaikan oleh seorang suami. Suamimu yang
telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa
oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali
ganda berbanding derita yang sedang engkau
menderita di dunia ini
Wahai ibu....
Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan
dengan 1000 tahun di dunia?
Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman
dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi
itu suamimu itu akan terpaksa menanggung
dosanya itu.
Isteri itu tertunduk.....
Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling
mudah menyeret seorang suami ke neraka
ALLAH di akhirat nanti?
Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan
anak2nya sendiri.
Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak
ditunaikan, itulah antara hal yang cepat
mengheret seorang suami di akhirat nanti.
Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat
bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia
akan ke neraka?
Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya
dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan
tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat,
puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala
di sisi ALLAH.
Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya
itu.
Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai
ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH
Ta'ala?
Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya
Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari
neraka ALLAH?
Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan
kamu tidak redho, maka dia tetap akan
menanggungnya.
Andai kamu diceraikan, sehingga habis waktu
iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan
menunaikan hakmu sebagai isteri.
Dosanya padamu sepanjang waktu itu tidak akan
terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu
selagi kamu tidak redho.
Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah
suami yang berhutang denganmu.
Isteri itu diam.
Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;
Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf  padamu?
Isteri itu menggelengkan kepala.
Syeikh: Adakah ibu masih menyayanginya?  Isteri itu hanya membisu.
Syeikh: Adakah kamu redho akan perbuatannya terhadap kamu wahai ibu? isteri itu masih diam.
Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan
menganiaya dan menzalimimu wahai ibu, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...
Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata.
Dia menangis sebak.
Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;  Isteri: Kenapa tuan menangis?
Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada  ALLAH.
Aku kasihan kepada suamimu itu.
Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka.
Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mau
menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri.
Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap saja.
Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke
akhirat.
Pulanglah wahai ibu, andai kamu masih menyayangi suamimu, MAAFKANLAH dia.
Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redho akan perbuatannya, maka tertanggunglah
dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat. Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah
dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan  janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan
Syeikh. Semoga tulisan ini dapat memberikan hikmah,
baik kepada penyampai maupun kepada pembaca.
Aamiin ya Rabbal'alamiin

Post a Comment